MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Crab Nebula

TM20
Imej ini adalah hasil gabungan imej yang diambil pada tahun 2007 dan 2008 menggunakan sistem teleskop ONL. Crab Nebula atau Nebula Ketam dikenali juga sebagai Messier 1, M1 atau NGC1952 merupakan nebula pertama yang diperhatikan oleh Charles Messier.
.
Crab Nebula adalah awan gas yang berkembang daripada sisa letupan supernova yang terang pada tahun 1054 Masihi dan merupakan sisa supernova pertama yang dikenal pasti oleh astronomi moden.
.
Crab Nebula terletak sejauh 6,500 tahun cahaya dari Bumi dalam buruj Taurus dengan magnitud ketara 8.4, dapat dilihat dengan mudah menggunakan binokular dan secara terperinci dengan menggunakan teleskop.
.
Di pusat nebula ini terdapat bintang neutron yang berputar dengan laju. Elektron berputar dengan menghampiri kelajuan cahaya di sekitar garis medan magnet bintang neutron ini dan menghasilkan cahaya biru yang menakjubkan di bahagian dalam nebula tersebut. Bintang neutron memancarkan alur radiasi berkembar yang kelihatan seakan-akan berdenyut 30 kali sesaat ketika berputar.
.
Spektrum Crab Nebula telah dikaji secara meluas selama beberapa dekad oleh ramai pengkaji. Nebula ini berfungsi sebagai objek rujukan untuk pengukuran sumber lain kerana ia merupakan sumber tenaga tinggi yang terang dan stabil.
.
.
 
 
 
Skip to content