Imej Matahari yang telah dirakam menunjukkan 2 kumpulan tompok matahari (Sun Spot) pada permukaan fotosfera Matahari yang diberi nama AR2804 dan AR2805. Menurut Solar Dynamics Observatory (SDO), kedua-dua kumpulan tompok Matahari tersebut telah menyebabkan berlakunya suar suria (solar flares) kelas B minor.
Fotosfera adalah “permukaan” Matahari yang dapat dilihat dengan penuras cahaya nampak. Tompok Matahari dapat dilihat di permukaan fotosfera dan ia merupakan kawasan paling sejuk di Matahari (~4000°C). Minor B Class Solar Flares ialah peak flux <10-6 dalam unit watts per square metre, W/m2 of 1 to 8 Ångströms yang kurang memberikan kesan kepada Bumi.