TELESKOP MYSA 19

OPOSISI MUSYTARI (JUPITER OPPOSITION)

Oposisi Musytari
Pada 20 Ogos 2021, planet Musytari akan berada pada kedudukan oposisi, iaitu kedudukan bertentangan dengan Matahari merujuk kepada Bumi. Planet ini merupakan planet kelima dari Matahari dan planet terbesar dalam Sistem Suria.
 
Semasa oposisi pada kali ini, Musytari akan disinari sepenuhnya oleh Matahari dan boleh dilihat dengan lebih terang berbanding ketika ia berada pada kedudukan lain, iaitu dengan magnitud ketara -2.9.
 
Ia juga akan kelihatan sepanjang malam di sekitar buruj Capricornus pada kedudukan 5 AU dari Matahari dan 4 AU dari kita di Bumi. Diameter ketara Musytari pula adalah sebanyak 49 saat arka pada kedudukan oposisi.
.
𝘕𝘰𝘵𝘢 𝘒𝘢𝘬𝘪:
* 𝘊𝘢𝘱𝘳𝘪𝘤𝘰𝘳𝘯𝘶𝘴 𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘶𝘳𝘶𝘫 𝘻𝘰𝘥𝘪𝘢𝘬 𝘥𝘪 𝘩𝘦𝘮𝘪𝘴𝘧𝘦𝘳𝘢 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘢𝘮𝘱𝘪𝘳𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘚𝘢𝘨𝘪𝘵𝘵𝘢𝘳𝘪𝘶𝘴. 𝘉𝘪𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘤𝘦𝘳𝘢𝘩 𝘵𝘦𝘳𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘣𝘪𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘨𝘯𝘪𝘵𝘶𝘥 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘨𝘢.
*𝘈𝘲𝘶𝘢𝘳𝘪𝘶𝘴 𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘶𝘳𝘶𝘫 𝘻𝘰𝘥𝘪𝘢𝘬 𝘩𝘦𝘮𝘪𝘴𝘧𝘦𝘳𝘢 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘶𝘢𝘴 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘢𝘮𝘱𝘪𝘳𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘨𝘢𝘴𝘶𝘴, 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘪𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘤𝘦𝘳𝘢𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘣𝘪𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘨𝘯𝘪𝘵𝘶𝘥 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘨𝘢.
* 𝘜𝘯𝘪𝘵 𝘢𝘴𝘵𝘳𝘰𝘯𝘰𝘮𝘪 (𝘈𝘴𝘵𝘳𝘰𝘯𝘰𝘮𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘜𝘯𝘪𝘵) 𝘥𝘪𝘴𝘪𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘈𝘜, 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘫𝘢𝘳𝘢𝘬 𝘱𝘶𝘳𝘢𝘵𝘢 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘔𝘢𝘵𝘢𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘉𝘶𝘮𝘪. 1𝘈𝘜 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 1.5 𝘹10⁸ 𝘬𝘮
* 𝘋𝘪𝘢𝘮𝘦𝘵𝘦𝘳 𝘬𝘦𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘥𝘪𝘬𝘦𝘯𝘢𝘭𝘪 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘥𝘪𝘢𝘮𝘦𝘵𝘦𝘳 𝘴𝘶𝘥𝘶𝘵 𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘶𝘬𝘶𝘳𝘢𝘯 𝘴𝘶𝘥𝘶𝘵 𝘰𝘣𝘫𝘦𝘬 𝘥𝘪 𝘭𝘢𝘯𝘨𝘪𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘉𝘶𝘮𝘪. 𝘜𝘯𝘪𝘵 𝘥𝘪𝘢𝘮𝘦𝘵𝘦𝘳 𝘴𝘶𝘥𝘶𝘵 𝘫𝘢𝘴𝘢𝘥 𝘴𝘢𝘮𝘢𝘸𝘪 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵𝘢𝘯 𝘮𝘪𝘯𝘪𝘵 𝘢𝘳𝘬𝘢 (𝘢𝘳𝘤𝘮𝘪𝘯) 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘢𝘵 𝘢𝘳𝘬𝘢 (𝘢𝘳𝘤𝘴𝘦𝘤).
* 𝘔𝘢𝘨𝘯𝘪𝘵𝘶𝘥 𝘬𝘦𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘤𝘦𝘳𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘰𝘣𝘫𝘦𝘬 𝘥𝘪 𝘭𝘢𝘯𝘨𝘪𝘵 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮.
 
Oposisi Musytari

Semasa oposisi pada kali ini, Musytari akan disinari sepenuhnya oleh Matahari dan boleh dilihat dengan lebih terang berbanding ketika ia berada pada kedudukan lain, iaitu dengan magnitud ketara -2.9. Ia juga akan kelihatan sepanjang malam di sekitar buruj Capricornus pada kedudukan 5AU dari Matahari dan 4 AU dari kita di Bumi. Diameter ketara Musytari pula adalah sebanyak 49 saat arka pada kedudukan oposisi.

Planet Musytari akan mengalami oposisi dalam tempoh setiap 13 bulan. Kali terakhir ianya berada pada kedudukan oposisi ialah pada 14 Julai 2020 dan seterusnya pada 27 September 2022.

.
𝘕𝘰𝘵𝘢 𝘒𝘢𝘬𝘪:
* 𝘊𝘢𝘱𝘳𝘪𝘤𝘰𝘳𝘯𝘶𝘴 𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘶𝘳𝘶𝘫 𝘻𝘰𝘥𝘪𝘢𝘬 𝘥𝘪 𝘩𝘦𝘮𝘪𝘴𝘧𝘦𝘳𝘢 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘢𝘮𝘱𝘪𝘳𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘚𝘢𝘨𝘪𝘵𝘵𝘢𝘳𝘪𝘶𝘴. 𝘉𝘪𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘤𝘦𝘳𝘢𝘩 𝘵𝘦𝘳𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘣𝘪𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘨𝘯𝘪𝘵𝘶𝘥 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘨𝘢.

* 𝘜𝘯𝘪𝘵 𝘢𝘴𝘵𝘳𝘰𝘯𝘰𝘮𝘪 (𝘈𝘴𝘵𝘳𝘰𝘯𝘰𝘮𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘜𝘯𝘪𝘵) 𝘥𝘪𝘴𝘪𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘈𝘜, 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘫𝘢𝘳𝘢𝘬 𝘱𝘶𝘳𝘢𝘵𝘢 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘔𝘢𝘵𝘢𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘉𝘶𝘮𝘪. 1𝘈𝘜 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 1.5 𝘹10⁸ 𝘬𝘮

* 𝘋𝘪𝘢𝘮𝘦𝘵𝘦𝘳 𝘬𝘦𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘥𝘪𝘬𝘦𝘯𝘢𝘭𝘪 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘥𝘪𝘢𝘮𝘦𝘵𝘦𝘳 𝘴𝘶𝘥𝘶𝘵 𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘶𝘬𝘶𝘳𝘢𝘯 𝘴𝘶𝘥𝘶𝘵 𝘰𝘣𝘫𝘦𝘬 𝘥𝘪 𝘭𝘢𝘯𝘨𝘪𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘉𝘶𝘮𝘪. 𝘜𝘯𝘪𝘵 𝘥𝘪𝘢𝘮𝘦𝘵𝘦𝘳 𝘴𝘶𝘥𝘶𝘵 𝘫𝘢𝘴𝘢𝘥 𝘴𝘢𝘮𝘢𝘸𝘪 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵𝘢𝘯 𝘮𝘪𝘯𝘪𝘵 𝘢𝘳𝘬𝘢 (𝘢𝘳𝘤𝘮𝘪𝘯) 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘢𝘵 𝘢𝘳𝘬𝘢 (𝘢𝘳𝘤𝘴𝘦𝘤).

* 𝘔𝘢𝘨𝘯𝘪𝘵𝘶𝘥 𝘬𝘦𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘤𝘦𝘳𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘰𝘣𝘫𝘦𝘬 𝘥𝘪 𝘭𝘢𝘯𝘨𝘪𝘵 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮.

Oposisi Musytari

Planet Musytari akan kelihatan di langit malam sepanjang bulan Ogos hingga Disember 2021. Sekiranya cuaca mengizinkan, anda boleh memerhatikan planet Musytari menggunakan mata kasar sahaja selain daripada menggunakan binokular dan teleskop dengan menghadap ke ufuk timur yang bebas daripada sebarang halangan.

Musytari berada di buruj Aquarius mulai Ogos 2021 dan menjejak sedikit demi sedikit ke arah barat sepanjang Ogos 2021 dengan merentas di sempadan buruj Aquarius – Capricornus.

Semasa oposisi pada kali ini, Musytari akan kelihatan sepanjang malam di sekitar buruj Capricornus dengan diameter ketara Musytari adalah sebanyak 49 saat arka.

Permukaan Musytari dengan ciri luaran yang menonjol iaitu Great Red Spot serta 4 bulan utamanya, iaitu Io, Europa, Ganymede dan Callisto yang dikenali sebagai Galilean Moons (Io, Europa, Ganymede dan Callisto) boleh dilihat dengan jelas dengan menggunakan teleskop.