Pada 2 Ogos 2021, planet Zuhal akan berada pada kedudukan oposisi, iaitu kedudukan bertentangan dengan Matahari merujuk kepada Bumi. Planet ini merupakan planet keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar dalam Sistem Suria Bumi.
ย ย
Semasa oposisi pada kali ini, Zuhal akan disinari sepenuhnya oleh Matahari dan boleh dilihat dengan lebih terang berbanding ketika ia berada pada kedudukan lain. Ia juga akan kelihatan sepanjang malam di buruj ๐๐ฎ๐ฝ๐ฟ๐ถ๐ฐ๐ผ๐ฟ๐ป๐๐ pada kedudukan 10 ๐๐ป๐ถ๐ ๐ฎ๐๐๐ฟ๐ผ๐ป๐ผ๐บ๐ถ (๐๐จ) dari Matahari dan hampir 9AU dari kita di Bumi. ๐๐ถ๐ฎ๐บ๐ฒ๐๐ฒ๐ฟ ๐ธ๐ฒ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ Zuhal pula adalah sebanyak 18.5 saat arka pada kedudukan oposisi.
ย
ย Planet Zuhal yang mempunyai sistem gegelang ini akan mengalami oposisi dalam tempoh setiap 378 hari. Kali terakhir ianya berada di keadaan oposisi ialah pada 20 Julai 2020 dan oposisi seterusnya pada 14 Ogos 2022.
ย ย
Planet Zuhal akan kelihatan di langit malam sepanjang Ogos hingga Disember 2021. Sekiranya cuaca mengizinkan, anda boleh memerhatikan planet Zuhal menggunakan mata kasar sahaja selain daripada binokular dan teleskop dengan menghadap ke ufuk timur yang bebas daripada sebarang halangan.
ย ย
* ๐๐ฎ๐ฝ๐ฟ๐ถ๐ฐ๐ผ๐ฟ๐ป๐๐ ialah buruj zodiak di hemisfera selatan yang berhampiran dengan Sagittarius. Bintang tercerah terdiri daripada bintang magnitud ketiga.
ย
* ๐จ๐ป๐ถ๐ ๐ฎ๐๐๐ฟ๐ผ๐ป๐ผ๐บ๐ถ (๐๐๐๐ฟ๐ผ๐ป๐ผ๐บ๐ถ๐ฐ๐ฎ๐น ๐จ๐ป๐ถ๐) disingkatkan sebagai AU, adalah jarak purata antara Matahari dan Bumi. 1AU bersamaan dengan 1.5 x10โธ km
ย
* ๐๐ถ๐ฎ๐บ๐ฒ๐๐ฒ๐ฟ ๐ธ๐ฒ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ ialah diameter sudut jasad samawi dalam sebutan minit (arcmin) dan saat arka (arcsec).