TELESKOP MYSA 16

Tiang Cahaya (Light Pillars)

Tiang Cahaya (Light Pillars)

๐—™๐—ฒ๐—ป๐—ผ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ ๐—ง๐—ถ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—–๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐—ฎ (๐—Ÿ๐—ถ๐—ด๐—ต๐˜ ๐—ฃ๐—ถ๐—น๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐˜€)

๐—”๐—ฝ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜‚ ๐—ฑ๐—ถ ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ถ๐˜?

๐—ฆ๐—ผ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป: Saya dan keluarga telah terlihat satu fenomena cahaya berlaku di ruang angkasa pada 16 Julai 2021, jam 9 malam. Dilihat dengan mata kasar, ia seolah-olah seperti ada 1 letupan di ruang angkasa mengeluarkan cahaya merah seperti api dan bentuknya juga tidak konsisten.
๐™๐™–๐™ฎ๐™ข๐™ค๐™ฃ๐™™ ๐˜ฝ๐™ช๐™™๐™ค๐™ฃ, ๐˜ฝ๐™ž๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™ก๐™ช, ๐™Ž๐™–๐™ง๐™–๐™ฌ๐™–๐™ .

.
๐—๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฌ๐—ฆ๐—”: Dari keterangan dan merujuk kepada gambar yang diberikan, fenomena tersebut dinamakan ‘light pillars’ (tiang cahaya).

Tiang Cahaya terjadi apabila di permukaan Bumi terdapat cahaya yang terang (dalam kes ini disahkan dari loji Petronas) dan dikelilingi oleh air (dalam kes ini lautan). Kemudian ketika kejadian suhu atmosfera sangat sejuk hingga terbentuk ais (berbentuk kepingan) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Manakala suhu di permukaan Bumi pula sangat panas.

Pertembungan kedua-dua keadaan ini menyebabkan cahaya tadi terpantul ke atmosfera dan kelihatan seolah-olah tiang cahaya tergantung di langit. Keadaan ini selalu terjadi di kawasan kutub/polar.

Fenomena ini juga boleh berlaku di mana sahaja, sebagai contoh pada tahun 2017 sekumpulan jurugambar di Kudat, Sabah telah menyaksikan fenomena yang sangat jarang berlaku ini. Tiang Cahaya dapat dilihat dalam pelbagai warna menghiasi langit di malam hari. (sumber:ย https://bit.ly/3hYiSyL)

Cahaya yang dipantul daripada bot-bot nelayan juga boleh mencetuskan fenomena ini sebagaimana imej di sebelah kiri di mana beberapa tiang cahaya telah berjaya dirakam oleh ONL pada tahun 2014 ketika musim mencandat sotong.

.

#MYSAย #MOSTIย #ONL
#STIย #DSTINย #MySTIE
#LindungDiriLindungSemuaย #KitaJagaKitaย #AmalanNormaBaharu
#BersamaKitaHentikanCovid19ย