๐๐ฒ๐ป๐ผ๐บ๐ฒ๐ป๐ฎ ๐ง๐ถ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐๐ฎ (๐๐ถ๐ด๐ต๐ ๐ฃ๐ถ๐น๐น๐ฎ๐ฟ๐)
๐๐ฝ๐ฎ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐น๐ฎ๐ธ๐ ๐ฑ๐ถ ๐น๐ฎ๐ป๐ด๐ถ๐?
๐ฆ๐ผ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป: Saya dan keluarga telah terlihat satu fenomena cahaya berlaku di ruang angkasa pada 16 Julai 2021, jam 9 malam. Dilihat dengan mata kasar, ia seolah-olah seperti ada 1 letupan di ruang angkasa mengeluarkan cahaya merah seperti api dan bentuknya juga tidak konsisten.
๐๐๐ฎ๐ข๐ค๐ฃ๐ ๐ฝ๐ช๐๐ค๐ฃ, ๐ฝ๐๐ฃ๐ฉ๐ช๐ก๐ช, ๐๐๐ง๐๐ฌ๐๐ .
.
๐๐ฎ๐๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ป ๐ ๐ฌ๐ฆ๐: Dari keterangan dan merujuk kepada gambar yang diberikan, fenomena tersebut dinamakan ‘light pillars’ (tiang cahaya).
Tiang Cahaya terjadi apabila di permukaan Bumi terdapat cahaya yang terang (dalam kes ini disahkan dari loji Petronas) dan dikelilingi oleh air (dalam kes ini lautan). Kemudian ketika kejadian suhu atmosfera sangat sejuk hingga terbentuk ais (berbentuk kepingan) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Manakala suhu di permukaan Bumi pula sangat panas.
Pertembungan kedua-dua keadaan ini menyebabkan cahaya tadi terpantul ke atmosfera dan kelihatan seolah-olah tiang cahaya tergantung di langit. Keadaan ini selalu terjadi di kawasan kutub/polar.
Fenomena ini juga boleh berlaku di mana sahaja, sebagai contoh pada tahun 2017 sekumpulan jurugambar di Kudat, Sabah telah menyaksikan fenomena yang sangat jarang berlaku ini. Tiang Cahaya dapat dilihat dalam pelbagai warna menghiasi langit di malam hari. (sumber:ย https://bit.ly/3hYiSyL)
Cahaya yang dipantul daripada bot-bot nelayan juga boleh mencetuskan fenomena ini sebagaimana imej di sebelah kiri di mana beberapa tiang cahaya telah berjaya dirakam oleh ONL pada tahun 2014 ketika musim mencandat sotong.
.
#MYSAย #MOSTIย #ONL
#STIย #DSTINย #MySTIE
#LindungDiriLindungSemuaย #KitaJagaKitaย #AmalanNormaBaharu
#BersamaKitaHentikanCovid19ย