TELESKOP MYSA 14

The Whirlpool Galaxy (M51)

The Whirlpool Galaxy (M51)

Imej ini telah dirakam oleh sistem teleskop ONL pada 17 Januari 2007. Ia menunjukkan Whirlpool Galaxy (juga dikenali sebagai M51 M51A atau NGC5194), bersama dengan galaksi tidak seragam yang kecil yang dikenali sebagai M51B atau NGC5195. M51 merupakan sejenis galaksi pilin yang mempunyai lengan yang jelas kelihatan seperti tangga pilin yang memenuhi ruang angkasa. Lengan tersebut sebenarnya adalah jaluran bintang dan gas yang dipenuhi dengan debu. Ia merupakan tempat pembentukan bintang iaitu dengan memampatkan gas hidrogen dan mewujudkan gugusan bintang baharu.

.
M51 terletak di dalam buruj Canes Venatici dengan jarak sejauh 31 juta tahun cahaya dari Bumi. M51 bersama dengan pasangannya iaitu NGC5195 dapat dicerap menggunakan teleskop kecil dengan mudah. Pandangan M51 yang indah dan hampir dengan Bumi membolehkan ahli astronomi mengkaji struktur galaksi dan proses pembentukan bintang dalam galaksi pilin.

.
🔘𝙂𝙖𝙡𝙖𝙠𝙨𝙞 𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘶𝘮𝘱𝘶𝘭𝘢𝘯 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘨𝘶𝘨𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘣𝘪𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘱𝘪𝘴𝘢𝘩 𝘫𝘢𝘶𝘩 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘴𝘢𝘵𝘶 𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘴𝘦𝘮𝘦𝘴𝘵𝘢. 𝘎𝘢𝘭𝘢𝘬𝘴𝘪 𝘵𝘦𝘳𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘣𝘦𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘶𝘵𝘢𝘮𝘢 𝘪𝘢𝘪𝘵𝘶 𝘦𝘭𝘪𝘱𝘴, 𝘱𝘪𝘭𝘪𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘳𝘢𝘨𝘢𝘮.

🔘𝙏𝙖𝙝𝙪𝙣 𝙘𝙖𝙝𝙖𝙮𝙖 𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘫𝘢𝘳𝘢𝘬 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘫𝘢𝘶𝘩 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘭𝘢𝘭𝘶𝘪 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘤𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘴𝘢𝘵𝘶 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯. 1 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯 𝘤𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 9.46055 𝘹 10^15 𝘮𝘦𝘵𝘦𝘳.

🔘𝘽𝙪𝙧𝙪𝙟 𝘾𝙖𝙣𝙚𝙨 𝙑𝙚𝙣𝙖𝙩𝙞𝙘𝙞 𝘣𝘦𝘳𝘮𝘢𝘬𝘴𝘶𝘥 “𝘢𝘯𝘫𝘪𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘶𝘳𝘶” 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘴𝘢 𝘓𝘢𝘵𝘪𝘯. 𝘐𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘦𝘵𝘢𝘬 𝘥𝘪 𝘩𝘦𝘮𝘪𝘴𝘧𝘦𝘳𝘢 𝘶𝘵𝘢𝘳𝘢. 𝘊𝘢𝘯𝘦𝘴 𝘝𝘦𝘯𝘢𝘵𝘪𝘤𝘪 𝘵𝘦𝘳𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘣𝘪𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘬𝘦𝘯𝘢𝘭 𝘪𝘢𝘪𝘵𝘶 𝘊𝘰𝘳 𝘊𝘢𝘳𝘰𝘭𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘓𝘢 𝘚𝘶𝘱𝘦𝘳𝘣𝘢 𝘴𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘣𝘦𝘳𝘢𝘱𝘢 𝘰𝘣𝘫𝘦𝘬 𝘭𝘢𝘯𝘨𝘪𝘵 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘪𝘢𝘪𝘵𝘶 𝘵𝘩𝘦 𝘞𝘩𝘪𝘳𝘭𝘱𝘰𝘰𝘭 𝘎𝘢𝘭𝘢𝘹𝘺 (𝘔51), 𝘚𝘶𝘯𝘧𝘭𝘰𝘸𝘦𝘳 𝘎𝘢𝘭𝘢𝘹𝘺 (𝘔63), 𝘊𝘢𝘵’𝘴 𝘌𝘺𝘦 𝘎𝘢𝘭𝘢𝘹𝘺 (𝘔94) 𝘥𝘢𝘯 𝘔106, 𝘵𝘩𝘦 𝘨𝘭𝘰𝘣𝘶𝘭𝘢𝘳 𝘤𝘭𝘶𝘴𝘵𝘦𝘳 (𝘔3), 𝘵𝘩𝘦 𝘞𝘩𝘢𝘭𝘦 𝘎𝘢𝘭𝘢𝘹𝘺 (𝘕𝘎𝘊 4631), 𝘵𝘩𝘦 𝘏𝘰𝘤𝘬𝘦𝘺 𝘚𝘵𝘪𝘤𝘬 𝘎𝘢𝘭𝘢𝘹𝘪𝘦𝘴 (𝘕𝘎𝘊 4656 𝘥𝘢𝘯 𝘕𝘎𝘊 4657), 𝘥𝘢𝘯 𝘵𝘩𝘦 𝘊𝘰𝘤𝘰𝘰𝘯 𝘎𝘢𝘭𝘢𝘹𝘺 (𝘕𝘎𝘊 4490).

.
.
#MYSA #MOSTI #ONL
#STI #DSTIN #MySTIE
#LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #AmalanNormaBaharu
#BersamaKitaHentikanCovid19