TELESKOP MYSA 13

Orion Nebula (M42)

Orion Nebula (M42)

Orion Nebula atau dikenali sebagai Messier 42, M42 atau NGC1976 adalah nebula yang paling terang di langit dan boleh dilihat dengan mata kasar pada waktu malam seperti tompok cahaya malap yang berkabus.

Ia merupakan nebula resap yang terletak di dalam galaksi Bimasakti pada bahagian selatan Bintang Tiga Beradik di dalam buruj Belantik (Orion). Jaraknya kira-kira 1,500 tahun cahaya dari Bumi menjadikannya suatu kawasan pembentukan bintang yang besar dan paling hampir dengan Bumi dengan magnitud kecerahan 4. Saiznya pula dianggarkan sebesar 30 tahun cahaya. Seluruh kompleks awan Orion Nebula akan tersebar secara perlahan-lahan dalam masa 100,000 tahun akan datang.

Orion Nebula adalah salah satu objek cakerawala yang paling banyak dirakam dan dikaji oleh ahli astronomi. Ia telah banyak mendedahkan tentang proses bagaimana bintang dan susunan planet terbentuk daripada pergolakan awan debu dan gas.

🔘𝙉𝙚𝙗𝙪𝙡𝙖 i𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘱𝘶𝘭𝘢𝘯 𝘨𝘢𝘴 𝘥𝘢𝘯 𝘻𝘢𝘳𝘢𝘩 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘵𝘰𝘮𝘱𝘰𝘬𝘢𝘯 𝘤𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘣𝘶𝘳 𝘥𝘪 𝘭𝘢𝘯𝘨𝘪𝘵 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘸𝘢𝘬𝘵𝘶 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮.

🔘𝙏𝙖𝙝𝙪𝙣 𝘾𝙖𝙝𝙖𝙮𝙖 𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘫𝘢𝘳𝘢𝘬 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘫𝘢𝘶𝘩 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘭𝘢𝘭𝘶𝘪 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘤𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘴𝘢𝘵𝘶 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯. 1 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯 𝘤𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 9.46055 𝘹 10^15 𝘮𝘦𝘵𝘦𝘳.

🔘𝘽𝙪𝙧𝙪𝙟 ğ˜½ğ™šğ™¡ğ™–ğ™£ğ™©ğ™žğ™  (ğ™Šğ™§ğ™žğ™¤ğ™£) 𝘵𝘦𝘳𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘶𝘫𝘶𝘩 𝘣𝘶𝘢𝘩 𝘣𝘪𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘶𝘵𝘢𝘮𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘵𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘣𝘪𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘬𝘪𝘵𝘢𝘳𝘯𝘺𝘢. 𝘌𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘦𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘴𝘦𝘨𝘪𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘵𝘦𝘱𝘢𝘵 𝘮𝘢𝘯𝘢𝘬𝘢𝘭𝘢 𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘦𝘵𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘥𝘦𝘳𝘦𝘵 𝘮𝘦𝘭𝘪𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪 𝘵𝘦𝘯𝘨𝘢𝘩-𝘵𝘦𝘯𝘨𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘨𝘪𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘵𝘦𝘱𝘢𝘵 𝘪𝘵𝘶. 𝘉𝘦𝘳𝘥𝘢𝘴𝘢𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘯𝘵𝘶𝘬𝘯𝘺𝘢 𝘪𝘵𝘶, 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘔𝘦𝘭𝘢𝘺𝘶 𝘥𝘪 𝘕𝘶𝘴𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘢𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 𝘉𝘦𝘭𝘢𝘯𝘵𝘪𝘬 𝘪𝘢𝘪𝘵𝘶 𝘴𝘦𝘫𝘦𝘯𝘪𝘴 𝘢𝘭𝘢𝘵 𝘱𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘱 𝘣𝘪𝘯𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨. 𝘛𝘪𝘨𝘢 𝘣𝘪𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘥𝘦𝘳𝘦𝘵 𝘪𝘵𝘶 𝘱𝘶𝘭𝘢 𝘥𝘪𝘱𝘢𝘯𝘨𝘨𝘪𝘭 𝘉𝘪𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘛𝘪𝘨𝘢 𝘉𝘦𝘳𝘢𝘥𝘪𝘬.

.

#MYSA #MOSTI #ONL
#STI #DSTIN #MySTIE
#LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #AmalanNormaBaharu
#BersamaKitaHentikanCovid19