TELESKOP MYSA 12

Matahari

Matahari
Tiga imej Matahari (i, ii dan iii) yang dirakam menggunakan penapis Calcium II K-line (Ca ll K-line) dan cahaya nampak (whitelight) dicerap dari Observatori Negara Langkawi pada 10 Mei 2021. Penapis Ca II K-line hanya membenarkan cahaya yang mempunyai gelombang 393.4 nanometer untuk melaluinya dan digunakan untuk mencerap lapisan Kromosfera Matahari manakala penapis cahaya nampak membenarkan kita mencerap fotosfera Matahari.

,
Kedua-dua imej Matahari (i dan ii) menunjukkan terdapat dua kumpulan Tompok Matahari, yang diberi nama AR2822 dan AR2823. Kumpulan Tompok Matahari AR2822 menyebabkan berlakunya suar suria kelas M, C dan B manakala kumpulan tompok Matahari AR2823 menyebabkan berlakunya suar suria kelas B. Imej Matahari (iii) pula menunjukkan tompok matahari AR2822 iaitu kawasan hitam pekat (umbra) yang dikelilingi oleh kawasan kurang gelap (penumbra).

.
*𝙆𝙧𝙤𝙢𝙤𝙨𝙛𝙚𝙧𝙖 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘭𝘢𝘱𝘪𝘴𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘥𝘶𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘮𝘶𝘬𝘢𝘢𝘯 𝘔𝘢𝘵𝘢𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘴𝘦𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘭𝘢𝘱𝘪𝘴𝘢𝘯 𝘧𝘰𝘵𝘰𝘴𝘧𝘦𝘳𝘢, 𝘪𝘢𝘪𝘵𝘶 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 400 𝘬𝘮 𝘥𝘢𝘯 2100 𝘬𝘮 𝘥𝘪 𝘢𝘵𝘢𝘴 𝘱𝘦𝘳𝘮𝘶𝘬𝘢𝘢𝘯 𝘔𝘢𝘵𝘢𝘩𝘢𝘳𝘪 (𝘧𝘰𝘵𝘰𝘴𝘧𝘦𝘳𝘢) 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘶𝘩𝘶𝘯𝘺𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘷𝘢𝘳𝘪𝘢𝘴𝘪 𝘴𝘦𝘬𝘪𝘵𝘢𝘳 3700 𝘰𝘊 𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 7700 𝘰𝘊.

*𝙁𝙤𝙩𝙤𝙨𝙛𝙚𝙧𝙖 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 “𝘱𝘦𝘳𝘮𝘶𝘬𝘢𝘢𝘯” 𝘔𝘢𝘵𝘢𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘥𝘪𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘶𝘳𝘢𝘴 𝘤𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢 𝘯𝘢𝘮𝘱𝘢𝘬

*𝙏𝙤𝙢𝙥𝙤𝙠 𝙈𝙖𝙩𝙖𝙝𝙖𝙧𝙞 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘥𝘪𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘥𝘪 𝘱𝘦𝘳𝘮𝘶𝘬𝘢𝘢𝘯 𝘧𝘰𝘵𝘰𝘴𝘧𝘦𝘳𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘪𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘶𝘱𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘸𝘢𝘴𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘫𝘶𝘬 𝘥𝘪 𝘱𝘦𝘳𝘮𝘶𝘬𝘢𝘢𝘯 𝘔𝘢𝘵𝘢𝘩𝘢𝘳𝘪 (~4000𝘰𝘊)

*𝙎𝙪𝙖𝙧 𝙨𝙪𝙧𝙞𝙖 𝘥𝘪𝘬𝘭𝘢𝘴𝘪𝘧𝘪𝘬𝘢𝘴𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘈, 𝘉, 𝘊, 𝘔 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘟 𝘣𝘦𝘳𝘥𝘢𝘴𝘢𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘢𝘬 𝘧𝘭𝘶𝘹 (𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘶𝘯𝘪𝘵 𝘸𝘢𝘵𝘵𝘴 𝘱𝘦𝘳 𝘮𝘦𝘵𝘦𝘳 𝘴𝘲𝘶𝘢𝘳𝘦, 𝘞/𝘮2) 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘱𝘢𝘯𝘫𝘢𝘯𝘨 𝘨𝘦𝘭𝘰𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨 𝘤𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢 1 𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 8 𝘈̊𝘯𝘨𝘴𝘵𝘳𝘰̈𝘮𝘴 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘶𝘬𝘶𝘳 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘪𝘯𝘴𝘵𝘳𝘶𝘮𝘦𝘯 𝘟𝘙𝘚 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘢𝘵𝘦𝘭𝘪𝘵 𝘎𝘖𝘌𝘚-15 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘰𝘳𝘣𝘪𝘵 𝘨𝘦𝘰𝘱𝘦𝘨𝘶𝘯 (𝘨𝘦𝘰𝘴𝘵𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘳𝘺 𝘰𝘳𝘣𝘪𝘵) 𝘥𝘪 𝘓𝘢𝘶𝘵𝘢𝘯 𝘗𝘢𝘴𝘪𝘧𝘪𝘬.

.

.
#MYSA #MOSTI #ONL
#STI #DSTIN #MySTIE
#LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #AmalanNormaBaharu
#BersamaKitaHentikanCovid19