WAXING GIBBOUS atau Fasa Bulan Hampir Purnama (82.4%) yang telah dicerap dari Observatori Negara Langkawi pada awal pagi 23 Februari 2021.
Terdapat beberapa kawasan yang berwarna gelap pada permukaan bulan merupakan dataran basalt* yang luas terbentuk daripada letusan gunung berapi kuno suatu masa dahulu. Kawasan gelap tersebut dipanggil “Mare atau Maria”. Terdapat juga kawasan yang berkawah disebabkan oleh hentaman asteroid ke atas permukaan bulan.
Nota:- *basalt ialah batu berwarna kehitam-hitaman yang terbentuk daripada leleran gunung berapi.