MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

TECHNICAL TALK MYSA SPACE BUZZ SIRI 6/2025 PADA 21 OGOS 2025
Technical Talk MYSA SPACE BUZZ Siri 6/2025 pada 21 Ogos 2025 bertempat di Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur. Fokus perkongsian kali ini adalah mengenai konsep asas satelit kecil dan CubeSat serta pendedahan mengenai fungsi, aplikasi dan potensi penggunaannya dalam pelbagai bidang.
.
▪️Sesi 1: Pembentangan daripada Puan Noor Azawani Wahap dan Encik Fairul Azmin Zaraini, Pegawai Penyelidik MYSA yang telah menyertai kursus 13th International Training Course on Small Satellite Mission, anjuran Indian Space Research Organisation (ISRO) & CSSTEAP di India pada November tahun lepas. Perkongsian meliputi pendedahan mengenai kepentingan proses integrasi subsistem satelit dan kitaran hayat pembangunan misi, trend low-cost missions berasaskan CubeSat dan model pendidikan serta pemerkasaan misi komersial di masa hadapan.
▪Sesi 2: Pembentangan daripada Dr. Terence Jerome Daim dan Encik Ahmad Ammar bin Ahmad Termizi, Pegawai Penyelidik MYSA yang telah menyertai kursus Training on Attitude Determination and Control Subsystem (ADCS) and Communication Subsystem for CubeSat pada Jun dan Julai 2025 di Kyushu Institute of Technology, Kitakyushu, Japan. Perkongsian meliputi sistem pengurusan projek satelit, reka bentuk, pembangunan serta pengujian satelit Cubesat, subsistem ADCS dan subsistem komunikasi.
.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content