MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

TECHNICAL TALK MYSA SPACE BUZZ 2023 SIRI 4 & SIRI 5

Siri Technical Talk MYSA SPACE BUZZ 2023 diteruskan lagi pada bulan Februari 2023. Sesi kali ini diadakan di Kompleks Teknologi Angkasa MYSA, Banting dan Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur dengan kehadiran seramai 50 peserta terdiri dikalangan warga kerja MYSA.
.
Siri ke 4 MYSA SPACE BUZZ 2023 telah berlangsung pada 21 Februari 2023 bertempat di Bilik Teatret, Kompleks Teknologi Angkasa, Banting, Selangor. Perkongsian ini disampaikan oleh Gs. Haji Khairuddin Abdul Rahman, Presiden & Group CEO Syarikat Sirius T&E Sdn. Bhd. dengan tajuk ‘Narrow Band -IOT Application Under Leo Satellite’ yang berkisarkan mengenai SkyWalker Constellation yang terdiri daripada 48 satelit dan mempunyai revisit time kurang daripada 10 minit.
.
Siri ke 5 MYSA SPACE BUZZ 2023 telah diteruskan pada 28 Februari 2023 dengan menampilkan Gs. Adam Anomaht K Aitin, Pengarah Urusan Axis Gemilang Sdn. Bhd. Tajuk yang dikongsikan pada sesi tersebut adalah ‘The Latest Rapid 3D Mapping & Surveying Technologies, Related Modelling And Analysis’ yang membincangkan penggunaan teknologi Light Detection and Ranging (LiDAR) bagi aplikasi berkaitan bencana di Malaysia.
.
#MYSA #MOSTI
#merakyatkansains #menginsankanteknologi

Skip to content