MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Technical Talk MYSA SPACE BUZZ 2023 – Siri 1 dan 2
Siri Technical Talk MYSA SPACE BUZZ akan diadakan sepanjang 2023 sebagai platform untuk pakar dan pemain industri angkasa berkongsi kepakaran serta pengalaman dalam bidang sains dan teknologi angkasa.
.
2 sesi telah berlangsung pada bulan Januari dengan kehadiran seramai hampir 100 pegawai yang terdiri daripada pegawai MYSA dan ATM.
.
Sesi pertama MYSA SPACE BUZZ telah berlangsung pada 17 Januari 2023 bertempat di Dewan Seminar Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). Dalam sesi ini, Syarikat Blacksky telah dijemput untuk memberikan perkongsian berkisarkan produk imej satelit dan GIS serta sistem yang dibangunkan oleh syarikat ini dalam bidang perisikan dan maritim bertajuk ‘Be The First To Know’ yang disampaikan oleh Encik Alex Koh dan Encik Roy Chang.
.
Siri kedua MYSA SPACE BUZZ Bilangan 2/2023 telah diteruskan pada 18 Januari 2023 dengan menampilkan Gs. Haji Khairuddin Abdul Rahman selaku Presiden & Group CEO bagi Syarikat Sirius T&E Sdn. Bhd. Tajuk perkongsian yang disampaikan adalah ‘Space Science, Technology and Regulation From Industry Perspective’ yang berkisarkan pengalaman syarikat tersebut dalam industri Satelit dan Angkasa serta Teknologi Angkasa di Malaysia dan luar negara.
.
Skip to content