MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

TAHNIAH KEPADA YBHG. DATO’ GS. HAJI AZLIKAMIL NAPIAH, KETUA PENGARAH MYSA
Alhamdulillah. Tahniah kepada YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) yang telah menerima watikah pelantikan sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat (Pertahanan Awam). Penyampaian watikah telah disempurnakan oleh YAB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri di Majlis Penutupan Sambutan Bulan Pertahanan Awam Ke-73 Tahun 2025 di Ibu Pejabat Pertahanan Awam, Kajang, Selangor, 8 April 2025.
.
Pelantikan ini adalah bagi memantapkan lagi peranan APM dalam pengurusan bencana melalui perkongsian dan sumbangan idea, kepakaran, pengalaman dan pengetahuan berkaitan teknologi angkasa.
Skip to content