Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah mengetuai delegasi negara pada persidangan The 62nd Session of The Scientific and Technical Subcommittee (STSC) of COPUOS, bermula 3 hingga 14 Februari 2025 di Vienna International Centre (VIC), Vienna, Austria. Delegasi negara turut disertai pegawai daripada Kementerian MOSTI, Kedutaan dan Perwakilan Tetap Malaysia kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Antarabangsa lain di Vienna.
.

Empat (4) pernyataan negara telah disampaikan oleh Malaysia yang menyentuh mengenai laporan tahunan aktiviti angkasa negara, reja angkasa (space debris), teknologi angkasa untuk pengurusan bencana dan kemampanan aktiviti angkasa.

13 sesi mesyuarat rasmi Kumpulan Kerja (WG), 12 perbincangan WG dan program-program sampingan lain turut dihadiri yang melibatkan pembentangan teknikal, forum dan simposium.
.
Penglibatan negara secara aktif dalam persidangan STSC ini bertujuan:

menyatakan pendirian dan memastikan kepentingan Negara berkaitan sektor angkasa terjaga

mendapatkan maklumat aktiviti, usaha saintifik dan teknologi angkasa terkini yang dilaksanakan oleh COPUOS dan negara anggota lain;

memberikan ruang dan peluang kepada negara untuk memberikan pandangan berkaitan pembangunan sektor angkasa dan isu berkaitan dasar, dialog kontemporari dalam tadbir urus angkasa dan aspek baharu yang muncul dalam ekosistem angkasa seperti pengkomersialan, perdagangan dan pembangunan industri berkaitan angkasa.
…………..

62nd Session of the Scientific and Technical Subcommittee (STSC) merupakan jawatankuasa kecil di bawah The Committee on the Peaceful Uses of Outer Space (COPUOS) yang membincangkan isu-isu teknikal dan mempromosikan jalinan kerjasama dalam pembangunan sektor angkasa.

COPUOS telah ditubuhkan pada tahun 1959 untuk mengawal selia aktiviti penerokaan dan penggunaan angkasa lepas secara aman untuk manfaat manusia. Malaysia menyertai COPUOS pada tahun 1994.

United Nations Office for Outer Space Affairs (UNOOSA) bertindak sebagai sekretariat kepada COPUOS dan jawatankuasa di bawahnya bagi memastikan jawatankuasa ini dapat terus berfungsi sebagai platform unik untuk mengekalkan prinsip penggunaan angkasa untuk tujuan aman di peringkat antarabangsa.
.
Muat turun pernyataan negara di pautan: