Sistem pencerapan Matahari ini terdiri daripada lima (5) teleskop iaitu satu (1) teleskop untuk pemantauan tompok Matahari dengan penuras cahaya Nampak, dua (2) teleskop dalam penuras H-alpha bagi pemantauan suar Matahari, satu (1) teleskop dalam penuras Kalsium-K dan satu (1) teleskop untuk pemerhatian secara visual. Kesemua teleskop ini dilengkapi dengan kamera Charge Couple Device (CCD), Kamera CCD Video dan juga penapis solar yang sesuai dengan tujuan masing-masing.