MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Apa itu serpihan angkasa (debris)?
Debris atau serpihan angkasa ditakrifkan sebagai semua objek buatan manusia, termasuk serpihan dan elemen daripadanya, yang tidak lagi berfungsi sama ada yang berada di orbit Bumi atau memasuki semula atmosfera. (Ruj: UNOOSA, 2010, Space Debris Mitigation Guidelines of the Committee on the Peaceful Uses of Outer Space).

Apa itu kemasukan semula (re-entry)?
Kemasukan semula (re-entry) ditakrifkan sebagai pergerakan/kemasukan semula objek buatan manusia, termasuk serpihan dan elemen daripadanya dari angkasa ke dalam atmosfera bumi.

Apa itu Long March 5B 
Long March 5B adalah roket milik negara China yang dilancarkan ke orbit pada 29 April 2021 untuk menghantar modul teras (core module) stesen angkasa China yang dinamakan Tianhe seberat 22,600kg ke orbit pengoperasiannya di angkasa. (www.aerospace.org)

Berapa kerapkah kejadian kemasukan semula objek angkasa yang tidak terkawal dengan saiz sebesar Long March 5B berlaku?
Kemasukan semula (re-entry) Long March 5B adalah kejadian yang keenam namun roket ini bukan objek terbesar untuk kejadian re-entry ke ruang atmosfera bumi. Objek terbesar yang pernah dilaporkan ialah Stesen Angkasa MIR milik Rusia dengan muatan 120,000kg pada 23 Mac 2001. (www.aerospace.org)

Adakah terdapat bahagian sisa/serpihan roket yang akan selamat daripada proses re-entry?
Setiap pelancaran roket kebiasaannya akan meninggalkan serpihan (debris). Saiz serpihan tersebut bergantung kepada saiz roket yang dilancarkan. Memandangkan saiz roket Long March 5B agak besar, maka serpihan yang berkemungkinan akan terhempas ke bumi juga adalah besar. Walau bagaimanapun, sebahagian besar serpihan tersebut akan musnah terbakar di atmosfera dan berkecai menjadi serpihan-serpihan kecil. Hanya serpihan yang tidak terbakar sepenuhnya sahaja yang akan jatuh ke bumi. Dianggarkan dalam 20-40% daripada saiznya akan selamat melepasi atmosfera dan jatuh ke bumi semasa proses re-entry bergantung kepada reka bentuk objek tersebut. (www.aerospace.org).

Apa itu debris?
Sekiranya seseorang menemui objek angkasa seperti serpihan roket yang jatuh di kawasan tanah miliknya di Malaysia, apakah tindakan yang perlu dilakukannya?
Debris atau serpihan/sampah angkasa ditakrifkan sebagai semua objek buatan manusia, termasuk serpihan dan elemen daripadanya, yang tidak lagi berfungsi sama ada yang berada di orbit Bumi atau memasuki semula atmosfera. (UNOOSA)

• Melaporkannya kepada Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) atau pihak berkuasa di talian kecemasan ‘999’.
• Tidak menyentuh, mengalih, mengambil, merosakkan atau menghidu/menyedut wap yang terhasil daripada sebarang objek yang ditemui yang disyaki daripada kejadian re-entry ini.
• Tidak membuat sebarang hebahan atau menyebarkan maklumat palsu berkaitan kejadian re-entry ini. Sebarang maklumat rasmi yang telah disahkan akan disampaikan oleh MYSA atau pihak berkuasa.
• MYSA dan pihak berkuasa yang berkaitan akan melakukan penyiasatan bagi memastikan objek angkasa tersebut adalah selamat dan bebas daripada sebarang radiasi atau unsur lain yang boleh memudaratkan keselamatan persekitaran dan orang awam.

Sekiranya objek angkasa jatuh di Malaysia dan menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda, siapakah yang akan bertanggungjawab? Apakah kita boleh menuntut ganti rugi?
Negara/pemilik objek angkasa tersebut adalah bertanggungjawab ke atas kerugian yang timbul daripada kejadian re-entry objek angkasa.
Tuntutan ganti rugi boleh dituntut daripada negara/pemilik objek angkasa tersebut melalui diplomasi dan lunas perundangan antarabangsa.

 

           
 

Skip to content