MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Sistem Pengurusan Wabak Denggi (SPWD) merupakan satu sistem pengurusan denggi spatial negara yang telah dibangunkan hasil kerjasama antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Bahagian Kawalan Penyakit (BKP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

SPWD berperanan dalam membantu pihak KKM meningkatkan keberkesanan pengurusan denggi di Malaysia. Objektif utama pembangunan sistem adalah bagi mengurangkan jumlah kejadian kes dan kematian akibat denggi melalui pelaksanaan aktiviti pemantauan, kawalan dan pencegahan denggi yang lebih berkesan menggunakan teknologi remote sensing, GIS dan teknologi-teknologi berkaitan. Pembangunan sistem bermula Julai 2010 dan telah mula beroperasi pada Julai 2011. Sehingga Disember 2013, pengoperasian sitem ini telah berjaya diperluaskan ke seluruh Malaysia.

Pengguna sistem terdiri daripada pegawai-pegawai kesihatan di peringkat Kementerian, Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah dan juga Pihak Berkuasa Tempatan. Sistem ini telah berjaya mengautomasikan pengurusan denggi negara bagi menggantikan sistem manual yang telah digunakan selama ini. Penggunaan SPWD didapati telah membantu KKM memudah dan memendekkan proses kerja pegawai pelaksana di lapangan terutamanya dalam menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara lebih sistematik dan berkesan.

Slide4
Slide4
Skip to content