Sistem Pengurusan Tanaman Padi

Projek ini pada permulaannya dijalankan di bawah kerjasama antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan Jabatan Pertanian Negeri Selangor bermula pada mesyuarat pertama (April 2011).

Pada tahun 2012, Jabatan Pertanian Malaysia berminat untuk menjadikan IADA Barat Laut Selangor sebagai model bagi pembangunan sistem di tujuh (7) jelapang padi yang lain iaitu di MADA, KADA, IADA Kerian, IADA Seberang Perak, IADA Pulau Pinang, IADA KETARA dan IADA Kemasin Semerak.

Fokus utama projek ini adalah untuk membangunkan satu sistem ICT yang berteraskan imej satelit serta menggunakan kelebihan teknologi remote sensing, GIS dan ICT bagi memudahkan Jabatan Pertanian mengurus dan memantau penanaman padi negara dengan lebih berkesan dan menyeluruh.

Sistem Pengurusan Tanaman Padi
Sistem Pengurusan Tanaman Padi