Sistem MakGeoPadi

Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi (MakGeoPadi)

Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi (MakGeoPadi) merupakan sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa (remote sensing), Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan ICT bagi pengurusan tanaman padi secara komprehensif, sistematik dan lebih berkesan. Pembangunan sistem ini dilaksanakan di bawah kerjasama strategik MYSA dan Jabatan Pertanian (DOA) menggunakan kepakaran dalaman dan sumber-sumber sedia ada kedua-dua agensi.


MYSA berperanan memperoleh, memproses dan menganalisis imej satelit terkini serta membangunkan sistem aplikasi dan pangkalan data. Jabatan Pertanian (DOA) pula berperanan menyediakan profil petani dan lot sawah serta data asas kawasan padi seperti maklumat hasil dan pendapatan pesawah. MakGeoPadi membolehkan agensi pertanian merancang dan mengurus jelapang padi serta memantau status aktiviti penanaman padi secara dalam talian.


Sistem ini mula beroperasi pada Julai 2012 di kawasan perintis dan kemudiannya secara berperingkat di jelapang padi lain di seluruh Malaysia. Sehingga kini, MakGeoPadi telah dioperasikan di 12 jelapang padi iaitu:


Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor – Kawasan Perintis
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kedah
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Kelantan
IADA Kerian, Perak
IADA Seberang Perak, Perak
IADA Kemasin Semerak, Kelantan
IADA KETARA, Terengganu
IADA Pulau Pinang
IADA Rompin, Pahang
IADA Pekan, Pahang
IADA Kota Belud, Sabah
IADA Batang Lupar, Sarawak

MakGeoPadi: Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi
MakGeoPadi: Kemas kini Maklumat Lot Sawah
MakGeoPadi: Modul Soil Profiling
MakGeoPadi: Pencapaian dan Pengiktirafan