MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

SIRI KETIGA TURUN PADANG PROGRAM STI 100³ PADA 15 DAN 22 OGOS 2025
Siri ketiga turun padang Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menjayakan Program STI 100³ telah diadakan pada 15 Ogos 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik, Ampang, Selangor; dan 22 Ogos 2025 di Sekolah Kebangsaan Pandan Indah, Kuala Lumpur; dan Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong, Sekinchan, Selangor.
▪️Ceramah topik: Eksplorasi dan Sains Angkasa
▪️Pencerapan Matahari
▪️Jam Matahari
▪️Spektroskop
▪️Pertandingan memasang model sun-moon-earth system
▪️Origami satelit dan Kuiz STI
.
Program STI 100³ merupakan inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menyemai minat STI dalam kalangan pelajar sekolah menerusi penglibatan saintis dari pelbagai agensi, universiti dan industri sebagai mentor secara langsung kepada warga sekolah.
.
Teknologi angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content