MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

 

“Maksud Data Terbuka Kerajaan ”

Data terbuka kerajaan bermaksud:

Data yang dihasilkan atau yang dikeluarkan oleh kerajaan atau entiti yang dikawal kerajaan

Data yang terbuka seperti yang ditakrifkan dalam Definisi Terbuka – iaitu ia boleh digunakan secara bebas, diguna semula dan disebarkan oleh pelbagai pihak.

 

“Sebab Utama Data Kerajaan Harus Terbuka”

Mengapa data kerajaan harus terbuka ? Terdapat tiga sebab utama:

Ketelusan. masyarakat perlu tahu apa yang kerajaan sedang lakukan. Mereka mesti bebas untuk mengakses data dan maklumat kerajaan serta berkongsi maklumat dengan lain-lain pihak. Ketelusan bukan sahaja mengenai akses data, ia juga melibatkan perkongsian dan penggunaan semula data.

Menghasilkan nilai sosial dan komersil. Dalam era digital, data adalah sumber utama bagi aktiviti sosial dan komersil. Dengan data terbuka, kerajaan dapat membantu industri-industri memacu penciptaan perniagaan dan perkhidmatan yang memberikan nilai sosial dan komersil.

Penyertaan Kerajaan. Kebanyakan rakyat hanya mampu melibatkan diri dengan kerjaaan sekali-sekala, atau mungkin hanya ketika pilihan raya. Dengan data terbuka, rakyat mudah untuk berurusan secara  langsung, memudahkan membuat keputusan serta dapat menyumbang kembali kepada kerajaan

 

SENARAi Dataset

Sumber: Garis Panduan Set Data, www.data.gov.my

Skip to content