Dalam ucapan ringkasnya, YB
Chang Lih Kang mengetengahkan mengenai komitmen untuk menyokong ekosistem startups dan minatnya untuk mendengar maklum balas daripada mereka yang terlibat. Seterusnya, sesi townhall dimulakan dengan peserta berkongsi cabaran semasa mereka dalam ekosistem startups, dengan tumpuan pada dasar, permohonan geran, peraturan dan sebagainya.