Perkongsian teknologi bagi aplikasi Remote Sensing Defence Intelligence Application System (RSDIAS) dan aplikasi MyIDEA yang telah dibangunkan oleh Bahagian Aplikasi Perisikan Pertahanan (BAPP), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) kepada pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Pusat Kepakaran Siber dan Elektromagnetik (PKSE) pada 27 Februari 2025 di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur. Lawatan bertujuan meningkatkan kefahaman dan pengetahuan dari segi penggunaan teknologi angkasa untuk aplikasi perisikan dan pertahanan dalam menyokong operasi dan latihan ATM.