MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

SESI PERKONGSIAN IDEA UKM: PENEROKAAN PELUANG PENYELIDIKAN DAN INOVASI PADA 12 FEBRUARI 2025
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menerima jemputan daripada kluster IDEA UKM UKM’s Digital and Frontier Technology Research Cluster, berbicara mengenai β€˜Penerokaan Peluang Penyelidikan dan Inovasi’ bersama-sama warga penyelidik UKM pada 12 Februari 2025, secara dalam talian.
Boleh tonton semula di pautan https://fb.watch/xKBTTtZ1au
.
Puan Norafiza Saleha binti Sahlan, Pengarah Bahagian Perancangan dan Komunikasi Strategik MYSA berkongsi mengenai Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030 atau dikenali sebagai π‘€π‘Žπ‘™π‘Žπ‘¦π‘ π‘–π‘Ž π‘†π‘π‘Žπ‘π‘’ 𝐸π‘₯π‘π‘™π‘œπ‘Ÿπ‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘› 2030 (MSE2030). MSE2030 menggariskan 15 strategi, 27 inisiatif, 76 aktiviti utama dan 92 KPI yang dirancang sehingga tahun 2030
.
MSE2030 digunakan sebagai panduan kepada semua pihak berkepentingan yang melibatkan pihak Kementerian/ Jabatan / Agensi, industri, akademia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk bersama-sama kerajaan menggerakkan usaha membangun keupayaan negara (self reliance) dalam sektor angkasa.
.
Ts. Farahana binti Kamarudin, Pengarah Bahagian Eksplorasi dan Sains Angkasa MYSA berkongsi mengenai Sains Angkasa di Malaysia (Sasaran 2030). Beliau berkongsi mengenai program-program sains angkasa di bawah MSE2030 serta kemudahan yang ada di Observatori Negara Langkawi (ONL) bagi kumpulan penyelidik universiti menjalankan penyelidikan sains angkasa.
.
Kita perlu beralih daripada pengguna teknologi angkasa kepada penyedia dan pencipta teknologi angkasa menjelang 2030. MYSA mengalu-alukan usaha dan komitmen semua pihak bersama-sama membangunkan sektor angkasa negara. Emel MYSA: mysa_hq@mysa.gov.my
Skip to content