.
Puan Norafiza Saleha binti Sahlan, Pengarah Bahagian Perancangan dan Komunikasi Strategik MYSA berkongsi mengenai Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030 atau dikenali sebagai 𝑀𝑎𝑙𝑎𝑦𝑠𝑖𝑎 𝑆𝑝𝑎𝑐𝑒 𝐸𝑥𝑝𝑙𝑜𝑟𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 2030 (MSE2030). MSE2030 menggariskan 15 strategi, 27 inisiatif, 76 aktiviti utama dan 92 KPI yang dirancang sehingga tahun 2030
.
MSE2030 digunakan sebagai panduan kepada semua pihak berkepentingan yang melibatkan pihak Kementerian/ Jabatan / Agensi, industri, akademia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk bersama-sama kerajaan menggerakkan usaha membangun keupayaan negara (self reliance) dalam sektor angkasa.
.
Ts. Farahana binti Kamarudin, Pengarah Bahagian Eksplorasi dan Sains Angkasa MYSA berkongsi mengenai Sains Angkasa di Malaysia (Sasaran 2030). Beliau berkongsi mengenai program-program sains angkasa di bawah MSE2030 serta kemudahan yang ada di Observatori Negara Langkawi (ONL) bagi kumpulan penyelidik universiti menjalankan penyelidikan sains angkasa.
.
Kita perlu beralih daripada pengguna teknologi angkasa kepada penyedia dan pencipta teknologi angkasa menjelang 2030. MYSA mengalu-alukan usaha dan komitmen semua pihak bersama-sama membangunkan sektor angkasa negara. Emel MYSA: mysa_hq@mysa.gov.my