MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

6 Oktober 2022 – Sesi perjumpaan bersama Syarikat Measat Sdn Bhd untuk berbincang dan bertukar pandangan mengenai industri satelit negara serta eksplorasi teknologi angkasa dalam bidang telekomunikasi dan remote sensing.
 
Perbincangan mengenai beberapa perkara termasuk manfaat kepada negara susulan pelancaran satelit MEASAT-3D pada 22 Jun 2022 di European Space Port, Kourou, French Guaina.
 
Selaras Dasar Angkasa Negara 2030 serta penubuhan Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834] yang mengawal selia aktiviti berkaitan angkasa dan pendaftaran objek angkasa, pelancaran MEASAT-3D ini telah dilaporkan dan didaftarkan ke United Nations Office for Outer Space Affairs (UNOOSA).
 
DAN2030 yang dilaksanakan oleh MOSTI menerusi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) komited untuk memastikan sektor angkasa dapat dimanfaatkan dan menyumbang kepada bidang pertumbuhan ekonomi yang strategik serta menyediakan platform pembangunan teknologi berkaitan angkasa lepas.
 
 
 
 
Skip to content