Satu Syarahan Teknikal MYSA SPACE BUZZ ke-5 tahun 2023 telah diadakan secara dalam talian pada 12 April 2023. Seramai 72 orang peserta terdiri dalam kalangan pelajar dan pensyarah pelbagai universiti serta pegawai-pegawai MYSA telah menyertai webinar ini. Perkongsian siri kali ini bertajuk “Building Better Rockets – The Equatorial Way” yang disampaikan oleh Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif Equatorial Space Pte Ltd, iaitu YBrs. Encik Simon Gwozdz.
.
Syarahan Teknikal ini berkaitan dengan teknologi bahan Kecerdasan Buatan (AI) HRF-1, yang dibangun dan digunakan dalam penerbangan. Bahan api ini telah diuji selama lima tahun dalam penembakan darat (ground firing) dan mampu memberikan prestasi yang lebih baik dan stabil berbanding dengan bahan bakar tradisional (bahan api pepejal; HTPB dan lilin parafin) yang terbatas dengan kadar regresi dan kestabilan struktur yang lemah. HRF-1 ini digunakan dalam roket hibrid yang dapat mengakses ke ruang angkasa dengan lebih selamat.