MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

SESI LIBAT URUS PROGRAM PEMBANGUNAN SISTEM AUGMENTASI SATELIT NAVIGASI NEGARA (SBAS) PADA 27 FEBRUARI 2025
YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah merasmikan Sesi Libat Urus Bersama Agensi Kerajaan, Syarikat Swasta dan Akademia bagi Program Pembangunan Sistem Augmentasi Satelit Navigasi Negara (SBAS) pada 27 Februari 2025 bertempat Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur. Turut serta, YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dan YBrs. Puan Azmah binti Ali, Pengarah Bahagian Kejuruteraan dan Teknologi Angkasa, MYSA.
.
▪️SBAS merupakan salah satu daripada 92 KPI dalam Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030) di bawah Teras 2 iaitu ‘Menumpukan kepada teknologi, infrastruktur dan aplikasi angkasa yang signifikan kepada negara’.
▪️SBAS berperanan 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐢𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐬𝐚𝐭𝐞𝐥𝐢𝐭 𝐧𝐚𝐯𝐢𝐠𝐚𝐬𝐢 atau Global Navigation Satellite System (GNSS) bagi menyokong sektor seperti 𝐩𝐞𝐧𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧, 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐩𝐚𝐥𝐚𝐧, 𝐩𝐞𝐦𝐞𝐭𝐚𝐚𝐧, 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢, 𝐤𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐮𝐭𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐚𝐩𝐥𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐥𝐚𝐢𝐧 yang bergantung kepada penentududukan berketepatan tinggi.
▪️Pelbagai SBAS telah dibangunkan oleh negara-negara maju seperti sistem Wide Area Augmentation System (WAAS) di Amerika Syarikat; sistem European Geostationary Navigation Overlay Service (EGNOS) di Eropah; dan sistem Southern Positioning Augmentation Network (SouthPAN) di Australia dan New Zealand. Pencapaian ini menjadi 𝐢𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐒𝐁𝐀𝐒 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢.
▪️𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐁𝐀𝐒 𝐦𝐞𝐫𝐮𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢𝐬𝐢𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐬𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐤𝐞𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐬𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬𝐚, memastikan kita tidak ketinggalan dalam revolusi teknologi satelit global dan memperkasa ekonomi angkasa baharu (new space economy).
.
Sesi libat urus ini dilaksanakan untuk 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐥 𝐩𝐚𝐬𝐭𝐢 𝐜𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐫𝐢𝐬𝐢𝐤𝐨 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐩𝐮𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐬𝐩𝐞𝐤 𝐭𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢, 𝐢𝐧𝐟𝐫𝐚𝐬𝐭𝐫𝐮𝐤𝐭𝐮𝐫, 𝐩𝐞𝐫𝐮𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧, 𝐢𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐬𝐢 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐩𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚. Maklum balas yang diperolehi amat penting dalam merangka strategi terbaik untuk membangunkan sistem SBAS negara.
.
Pengisian sesi libat urus:
✅️Pembentangan oleh MYSA:
▪️Pengenalan Kepada Program Pembangunan SBAS
▪️Aktiviti penyelidikan Proof-of-Concept (PoC) SBAS
✅️Perbincangan dan pembentangan kumpulan
.
Lebih 50 peserta telah hadir melibatkan wakil daripada Agensi Kerajaan, Syarikat swasta dan akademia.
Skip to content