SESI LIBAT URUS DAN LAWATAN KERJA UNIT INTEGRITI MOSTI PADA 29 MEI 2025
Unit Integriti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan sesi libat urus dan lawatan kerja ke Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur pada 29 Mei 2025.
Sesi ini telah diketuai oleh YBrs. Tuan PKPj Wong Chiew Hoong, Ketua Unit Integriti MOSTI, dan dipengerusikan oleh YBrs. Puan Nik Mazlina Binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi), yang turut dihadiri bersama oleh pegawai dari MYSA dan UI.
Taklimat fungsi dan struktur, serta lawatan bangunan turut diberikan bagi pengenalan peranan dan sumbangan MYSA sebagai tunjang utama dalam memacu pembangunan teknologi angkasa, bukan sahaja dalam bidang penyelidikan, malah dalam menyokong sektor perkhidmatan awam dan sektor ekonomi di Malaysia. SYABAS MYSA!