SESI KEDUA LANGKAWI INTERNATIONAL SPACE FORUM (LISF) PADA 24 MEI 2023
24 Mei 2023- YBrs. Gs. Haji Azlikamil Bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah diberi penghormatan untuk mengetuai perbincangan di dalam sesi kedua Langkawi International Space Forum (LISF) yang diadakan pada 24 Mei 2023 bertajuk ‘Malaysia’s Trajectory Into Space’.
.
Turut serta didalam sesi forum tersebut ialah Dr. Mohd. Yusoff Sulaiman, Presiden & CEO Malaysia- Industri- Government Group for High Technology (MIGHT), Encik Siobhan Das, CEO American Malaysia Chamber of Commerce (AMCHAM), En. Francois Royer, Governmental Sales Director, Space System Airbus Defence and Space dan Dato’ Kamarul Redzuan B. Mohamed, Presiden Malaysia Space Industry Consortium (MASIC).
.
Antara intipati perbincangan tersebut ialah potensi teknologi angkasa dan bagaimana Malaysia boleh meneroka bidang ini untuk menjadi peneraju di peringkat antarabangsa.
.
LISF diadakan selama dua hari disertai oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan.