MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

SEMINAR PEMANTAPAN KESEDARAN KESELAMATAN MAKLUMAT 2025 PADA 29 MEI 2025
YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah merasmikan Seminar Pemantapan Kesedaran Keselamatan Maklumat 2025 pada 29 Mei 2025 di Dewan Seminar MYSA.
.
Seminar mencerminkan komitmen MYSA dalam memperkukuh kesedaran warga kerja terhadap:
📌Pengurusan dan perlindungan aset ICT serta infrastrukturnya,
📌Tanggungjawab menjaga keselamatan maklumat selaras dengan peraturan,
📌Penggunaan teknologi termasuk internet dan aplikasinya secara positif, beretika, selamat dan penuh tanggungjawab.
.
Pengisian seminar meliputi topik:
▪️Cyber Hygiene oleh Puan Amira binti Hamran, CyberSecurity Malaysia.
▪️Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88), Arahan Keselamatan, dan Surat Pekeliling Am Bil. 8/2024 oleh Encik Mohamad Esalan bin Mohamad Salleh, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia W.P Kuala Lumpur.
▪️Keselamatan ICT MYSA dan Information Security Management System (ISMS)
oleh Bahagian Pembangunan ICT dan Geoinformatik MYSA.
.
Ancaman keselamatan maklumat kini semakin kompleks seiring kemajuan teknologi digital. Keperluan kesiapsiagaan dalam mengenal pasti ancaman amat penting dalam mengurangkan risiko dan mencegah insiden keselamatan. Pengurusan keselamatan maklumat adalah tanggungjawab bersama.
Skip to content