MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

SEMINAR PEMANTAPAN KESEDARAN KESELAMATAN MAKLUMAT MYSA 2024 PADA 7 MEI 2024
Cakna, ambil tahu, ikut SOP & peraturan, semak dan tanya.
▪️Elak ancaman terhadap keselamatan maklumat dan aset-aset jabatan yang memberi kesan kepada penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
▪️Elak diri dari tindakan tatatertib mahupun menjadi mangsa scammer.
.
Seminar Pemantapan Kesedaran Keselamatan Maklumat 2024 yang dirasmikan oleh YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi), MYSA telah berlangsung di Dewan Seminar MYSA, 7 Mei 2024.
.
Terima kasih kepada penceramah jemputan ASP Rahmat Fitri bin Abdullah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang berkongsi tips elak menjadi mangsa scammer dan YBrs. Encik Najib Saidi bin Yahya daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berkongsi mengenai Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).
.
Turut berlangsung, pembentangan mengenai Dasar Keselamatan ICT (DKICT) MYSA dan pelaksanaan International Standard of Information Security Management System (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 di MYSA oleh pegawai Bahagian Pembangunan ICT dan Geoinformatik (BITG), MYSA.
Seminar ini merupakan komitmen MYSA:
✅Mengurus dan melindungi aset-aset berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta infrastrukturnya.
✅Meningkatkan kefahaman warga MYSA mengenai peranan dan tanggungjawab memastikan keselamatan maklumat dan aset-aset dalam keadaan baik berdasarkan peraturan yang ditetapkan
✅Meningkatkan kesedaran tentang penggunaan teknologi termasuk internet dan aplikasinya secara positif, beretika, selamat dan penuh tanggungjawab.
Skip to content