MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

SEMINAR THE OVERVIEW EFFECT: THE IMPORTANCE OF SPACE FOR GLOBAL SUSTAINABILITY, DEFENCE AND SECURITY PADA 23 OKTOBER 2023
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Airbus telah menganjurkan seminar ‘The Overview Effect: The Importance of Space for Global Sustainability, Defence and Security’ bertempat di Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) Kuala Lumpur pada 23 Oktober 2023.
.
Seminar ini diadakan sempena sambutan ulang tahun kerjasama diantara MYSA dengan Airbus ke-25 tahun dan juga bersempena dengan Sambutan Minggu Angkasa Sedunia 2023 (WSW2023) yang diadakan pada bulan Oktober 2023.
.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh TYT Axel Cruau, Duta Besar Perancis ke Malaysia dan turut dihadiri oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil Bin Napiah (Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia), YBrs. Burhanuddin Noordin Ali (Ketua Perwakilan AIRBUS Malaysia), pengurusan tertinggi MYSA serta Airbus. Antara yang menyampaikan ceramah semasa seminar ini ialah YBrs. Gs. Haji Azlikamil Bin Napiah (Ketua Pengarah MYSA), YBrs. Pascale Ultré-Guérard (Timbalan Pengarah Strategik, National Centre for Space Studies (CNES)), YBhg. Laksamana Madya Dato’ Ts. Shamsuddin Bin Hj Ludin (Panglima Armada Barat, TLDM), YBrs. Ganendra Selvaraj (CCO MEASAT) dan wakil Airbus.
.
Objektif seminar adalah untuk berkongsi pengetahuan berkaitan teknologi terkini dalam bidang teknologi angkasa yang boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan pencapaian perkhidmatan kepada rakyat. Seminar ini telah dihadiri oleh seramai 100 peserta yang terdiri daripada penjawat awam, swasta, dan pihak yang berkepentingan dalam bidang teknologi angkasa.
.
Skip to content