MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

SEMINAR APLIKASI SATELIT PENGIMEJAN “BEST IN CLASS SATELLITE IMAGERY FOR DECISION MAKING” PADA 18 FEBRUARI 2025
Seminar aplikasi satelit pengimejan ‘Best In Class Satellite Imagery For Decision Making’ telah berlangsung di Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur pada 18 Februari 2025. Seminar adalah anjuran Airbus Defence and Space SAS (Airbus DS) dengan kerjasama MYSA.
.
Pembukaan seminar telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi) MYSA. Hadir sama, Encik Jose Corcia, Ketua Airbus Defence and Space, Asia Tenggara dan Encik Weng Kee Foo, Ketua Pembangunan Perniagaan, Space Digital, Airbus Defence and Space, Asia Tenggara.
.
Barisan panel pembentang daripada Airbus DS dan MYSA telah berkongsi mengenai kemajuan teknologi remote sensing beresolusi sangat tinggi dan aplikasinya dalam sektor pertanian dan keselamatan. Pengisian ini memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan tentang inovasi teknologi angkasa masa kini yang dapat dimanfaatkan secara khusus dalam kedua-dua sektor tersebut.
.
Lebih 70 peserta daripada pelbagai Kementerian/ Jabatan dan agensi kerajaan telah menghadiri seminar.
Skip to content