MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

SELAMAT BERSARA DAN TERIMA KASIH, ENCIK ADNAN ISMAIL
Sesi perakam waktu keluar terakhir bagi YBrs. Encik Adnan bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) yang telah berlangsung petang tadi di Ibu Pejabat, MYSA, Kuala Lumpur. Beliau akan bersara wajib pada 16 April 2024.
.
Bersama-sama mengiringi pada sesi ini ialah YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA, Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi), Pengarah-Pengarah Bahagian dan warga kerja MYSA. Terdahulu, turut diadakan sesi Penyerahan Nota Serah Tugas TKP(P) kepada YBrs. KP MYSA.
.
33 tahun menabur bakti, memulakan karier sebagai Pegawai Penyelidik (kontrak) pada tahun 1991 di Pusat Remote Sensing Negara (MACRES), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Seterusnya, dilantik secara tetap pada tahun 1994. Atas pengetahuan, dedikasi dan komitmen, beliau pernah menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Bahagian Analisis Data Geospatial, Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) pada 2010 dan seterusnya sebagai TKP(P) pada 2012.
.
Rakaman setinggi-tinggi penghargaan atas kepimpinan, jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan selama ini. Kecemerlangan dan semangat akan sentiasa memberi inspirasi kepada semua untuk melakukan yang lebih baik. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dalam rahmat Allah SWT.
.
Selamat bersara TKP(P). Jasamu dikenang.
Skip to content