MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

MYSA telah diberi penghormatan untuk menyampaikan ucaptama (Keynote Address) dalam program “Satellite Awareness Day 2023” anjuran Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP), Kementerian Pertahanan yang disampaikan oleh YBrs. En Adnan bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) mewakili Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) pada 17 Januari 2023 bertempat di Auditorium Binary, Kompleks Haigate ATM.
.
Program dua hari bertemakan “Satellite Communication for Strategic Extension” telah dirasmikan oleh Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad. Objektif program adalah untuk memberi pendedahan kepada peringkat pengurusan dan profesional ATM berkenaan peranan satelit serta menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti sektor awam, swasta, pemain industri dan pakar akademik.
.
Brigadier Jeneral Datuk Abd Razak bin Sipit, Pengarah Bahagian Aplikasi Perisikan Pertahanan, MYSA turut dijemput sebagai salah seorang panel untuk sesi forum.
Skip to content