MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1447H/2025 PADA 5 SEPTEMBER 2025
Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H | 2025M bertempat di Taman Ekspo Pertanian (MAEPS), Serdang pada 12 Rabiulawal 1447H bersamaan 5 September 2025. Majlis sambutan telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
.
Hadir sama meraikan sambutan, YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan warga MYSA. Acara sambutan dimulakan dengan perarakan berselawat bersama-sama ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kontinjen perarakan MYSA dipimpin oleh YBrs. Ts. Kamaruzzaman bin Wahid, Pengarah Bahagian Aplikasi Strategik MYSA.
.
Tema sambutan tahun ini “Membangun Ummah MADANI”. Hijrah dan kepimpinan Rasulullah SAW menjadi teladan penting dalam membentuk masyarakat yang adil, beradab, serta berlandaskan ihsan dan keadilan, selari dengan aspirasi pembangunan Ummah MADANI.
Skip to content