MAJLIS SAMBUTAN MA’AL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN 1446H/2024M PADA 7 JULAI 2024
Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Julai 2024 bersamaan 1 Muharam 1446H.
.
Majlis telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Turut berkenan berangkat bersama ke majlis, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
.
Seramai 40 warga Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) hadir meraikan sambutan yang diketuai oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA.
.
Tema dipilih “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani” merupakan manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW dan ia merupakan satu tema yang signifikan bagi memacu umat di negara ini ke arah kejayaan yang hakiki dunia dan akhirat.
.
Dalam konteks ini, pembangunan ummah yang berteraskan konsep al-Falah (kejayaan) perlu disemai, digarap, dihayati dan dicapai bagi merealisasikan Gagasan Malaysia MADANI.
.
Ambil intipati untuk kita berhijrah dengan meningkatkan prestasi diri kepada yang lebih baik – dari segi kehidupan, keluarga, pekerjaan, organisasi, jiran tetangga, komuniti, masyarakat dan negara.