MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Sambutan Hari Tanah Negara Peringkat Negeri Perak pada 28 Ogos 2023
MYSA buat pertama kalinya menyertai pameran sempena program sambutan Hari Tanah Negara Peringkat Negeri Perak bertempat di Hotel Casuarina@Meru, Perak pada 28 Ogos 2023. Program sambutan yang bertemakan ‘Modenisasi Pengurusan Tanah Berprestasi Tinggi’ ini dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.
.
Dalam program tersebut, YAB Menteri Besar Perak berkesempatan meluangkan masa berkunjung ke reruai MYSA dan diberi penerangan mengenai sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa (remote sensing), Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan ICT yang dibangunkan MYSA secara dalaman dan dalam masa yang sama memperkenalkan peranan dan fungsi jabatan, dan juga perkhidmatan yang disediakan MYSA.
.
Semoga dengan penyertaan MYSA dalam pameran ini akan meningkatkan lagi usaha kerjasama strategik yang berterusan dalam pembangunan sistem berteraskan teknologi angkasa untuk kesejahteraan rakyat.
Skip to content