MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Regional Space Agencies’ Dialogue di Global Space and Technology Convention (GSTC) 2023 pada 15 Februari 2023
 
YBrs. Gs. Haji Azlikamil Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dijemput menjadi salah seorang panel bagi sesi “Regional Space Agencies’ Dialogue” yang merupakan antara pengisian bagi “Global Space and Technology Convention (GSTC) 2023” diadakan di Sheraton Towers, Singapura. Sesi dialog bertajuk “Encouraging the Adoption of Space – Technologies and Applications through Regional Partnerships” yang berlangsung pada 15 Februari 2023 ini membincangkan perkara-perkara berkaitan potensi perkembangan industri angkasa di Asia pada masa hadapan.
.
Panel jemputan lain dalam sesi dialog tersebut adalah Dr. Robertus Heru Triharjanto, Head of Research Organization for Aeronautics and Space ORPA-BRIN, Indonesia; Dr. Sang-Ryool Lee, President, Korea Aerospace Research Institute (KARI), Korea; Dr. Joel S. Marciano, Jr., Director General, Philippine Space Agency (PHILSA), Philippines; Mr. David Tan, Executive Director, Office for Space Technology & Industry, Singapore (OSTIn), Singapore; dan Dr. Pakorn Apaphant, Executive Director, Geo-Informatics and Space Technology Development Agency, Thailand. Moderator dalam sesi dialog ini ialah Mr. Jonathan Hung, Executive Chairman, Singapore Space & Technology Ltd.
.
GSTC merupakan acara tahunan anjuran SSTL yang menjadi platform untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan perkembangan teknologi dan industri terkini dalam bidang teknologi angkasa serta meningkatkan rangkaian antara agensi serta pemain industri terkemuka dalam bidang teknologi angkasa.
.
Skip to content