- Permohonan bagi mendapatkan imej satelit remote sensing tidak terperingkat (resolusi lebih daripada 5m) adalah menggunakan Borang Permohonan Data Remote Sensing Tidak Terperingkat
- Maklumat yang diperlukan ialah :
- Maklumat diri pemohon dan agensi/syarikat;
- Sebab-sebab imej satelit remote sensing tersebut dikehendaki; dan
- Jenis dan produk imej satelit remote sensing yang dipohon.
- Borang permohonan tersebut perlu disertakan bayaran dalam bentuk Pesanan Tempatan/Bank Draf/Kiriman Wang/Wang Pos/Cek atas nama Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia;
- Borang permohonan yang telah lengkap perlu dikemukakan kepada Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia di alamat:
- Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)
No.13, Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
- Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)
- Jangkamasa pembekalan imej satelit remote sensing tidak terperingkat adalah antara 4 hingga 15 hari bekerja;
- Penghasilan semula data yang dipohon dalam apa jua bentuk untuk tujuan komesil adalah tidak dibenarkan; dan
- Penghasilan semula data yang dipohon dalam apa jua bentuk untuk edaran kepada pihak ketiga perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia.
Page updated on