Program Technomart Malaysia-Japan:Space Tech Collaboration telah berlangsung pada 15 Mei 2025 di Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Jepun. Perasmian program disempurnakan oleh YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
.
Pengisian program melibatkan pembentangan daripada YBhg. Datoβ Kamarul Redzuan Mohamed, Presiden Malaysian Space Industry Consortium (MASIC); dan Dr. Naoko Sugita & Dr. Shinichi Sobue daripada Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA). Sesi padanan perniagaan (business matching) telah menghimpunkan lima (5) syarikat Malaysia dengan 19 syarikat Jepun bagi meneroka potensi kerjasama.
.
Hadir sama semasa sesi networking program ialah YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
.
Program adalah anjuran bersama MYSA, Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), MASIC dengan kerjasama JAXA di bawah payung MOSTI. Penyertaan MYSA ini adalah selaras dengan Teras 5 Dasar Angkasa Negara 2030 iaitu Meningkatkan dan Mengukuhkan Kerjasama serta Jaringan Antarabangsa.
.
Tema Ekspo 2025 Osaka: Designing Future Society for Our Lives
Tema Pavilion Malaysia: Energising Harmony: Where Great Minds Meet
.
MOSTI telah menjadi hos Pavilion Malaysia bagi minggu ke lima bermula dari 12 hingga 16 Mei 2025.