MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PROGRAM TECHNICAL ADVISORY MISSION 2024 (TAM2024)
Sekitar hari pertama Program Technical Advisory Mission 2024 (TAM2024) yang berlangsung pada 14 Mei 2024 di Dewan Seminar, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dan seterusnya ucapan daripada Ms. Aarti Holla-Maini, Director, United Nations Office For Outer Space Affairs (UNOOSA).
.
Turut berlangsung pembentangan daripada Encik Mhd Fairos bin Asillam, Bahagian Penguasa Angkasa (BPA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengenai perkembangan terkini pelaksanaan [Akta 834] dan daripada Ms. Rosanna Hoffman, UNOOSA mengenai peranan Committee on the Peaceful Uses of Outer Space (COPUOS).
.
Sesi petang diisi dengan pembentangan daripada enam (6) penceramah jemputan luar negara yang diadakan secara dalam talian yang memfokuskan kepada topik pengoperasian spaceport, pemberian permit dan pelesenan objek angkasa.
.
Seramai 66 peserta yang terdiri daripada wakil Kementerian/Jabatan/Agensi, institusi pengajian tinggi dan pemain industri hadir.
.
TAM2024 bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pegawai kerajaan serta pemain industri mengenai perundangan angkasa di peringkat antarabangsa dan keperluan untuk mematuhi undang-undang tersebut di samping skop perundangan yang perlu diberi perhatian di peringkat domestik dalam memastikan aktiviti angkasa berjalan dengan selamat.
Program berlangsung selama 3 hari ini merupakan anjuran BPA, MOSTI dengan kerjasama MYSA dan UNOOSA.
Skip to content