Program STI 100³ merupakan inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menyemai minat STI sejak di bangku sekolah, dengan penglibatan saintis dari pelbagai agensi, universiti dan industri sebagai mentor secara langsung kepada warga sekolah.
.
Siri pertama turun padang Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menjayakan Program STI 100³ telah diadakan pada 7 dan 9 Julai 2025 di Sekolah Kebangsaan Pandan Indah, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik, Ampang, Selangor, dan Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong, Sekinchan, Selangor. Pegawai Penyelidik MYSA berkongsi ilmu berkaitan sains, teknologi dan aplikasi angkasa serta menjalankan aktiviti seperti origami satelit, kuiz STI dan pencerapan Matahari.
.
Semoga usaha ini memberi manfaat kepada semua.