MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PROGRAM STAR TUBA DI LANGKAWI PADA 4-8 JUN 2023
 
Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah dijemput untuk terlibat dalam program STAR TUBA (STREAM Skills Through Astronomical Research) yang telah dianjurkan oleh Islamic Astronomy and Solar Astrophysics (IASA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Program tersebut telah diadakan pada 4-8 Jun 2023 bertempat di Pulau Dayang Bunting, Pulau Tuba dan Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman.
.
Pada 5 Jun 2023, ONL telah terlibat dalam pencerapan malam bersama masyarakat di Pulau Dayang Bunting yang telah diadakan di Masjid Al-Falah, Selat Bagan Nyior bersempena dengan “Forum Falak: Isu-isu Kontemporari Falak di Malaysia” yang turut dihadiri oleh wakil Jabatan Mufti Negeri Kedah. Sebanyak dua jasad samawi telah dicerap pada malam tersebut iaitu Bulan dan Zuhrah. Tujuan program tersebut adalah untuk menjelaskan isu-isu semasa berkaitan ilmu falak kepada masyarakat tempatan serta memberikan peluang kepada mereka untuk melihat jasad samawi secara lebih dekat menggunakan teleskop.
.
Pada 7 Jun 2023 pula, pihak IASA, UiTM Shah Alam telah mengadakan lawatan ke ONL untuk mendedahkan fasilitator program tersebut kepada peralatan-peralatan astronomi yang terdapat di ONL serta memberikan peluang kepada para peserta lawatan untuk merasai keindahan langit malam di ONL.
Skip to content