MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PROGRAM SATU PEMIMPIN SATU KAMPUNG (SANTUNI MADANI) PADA 2 SEPTEMBER 2024
Perjumpaan sulung YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bersama kepimpinan Kampung Parit Empat, Sungai Besar Selangor yang merangkumi Kampung Parit 1 Timur, Kampung Parit 2 Timur, Kampung Parit 3 Timur dan Kampung Parit 4 Timur telah berlangsung pada 2 September 2024.
.
Program bertujuan meningkatkan potensi penduduk kampung dan keupayaan masyarakat di bawah payung Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI).
.
Pengisian utama kali ini adalah sesi dialog YBrs. KP MYSA bersama kepimpinan kampung dan penduduk untuk mendapatkan input berkenaan isu-isu sosioekonomi yang dihadapi dan strategi penyelesaian isu melalui kerjasama pelbagai peringkat dan jabatan/agensi.
.
Selain itu, program ini juga bertujuan membawa MYSA ke desa dengan meningkatkan penerimagunaan teknologi angkasa merentasi setiap lapisan masyarakat.
.
Turut berlangsung Hands-Ons Aktiviti Kawalan Tikus Kerjasama IADA Barat Laut Selangor (IADA BLS). Ini selari dengan keperluan komuniti kampung tersebut yang sering menghadapi isu serangan perosak tanaman padi (tikus). Masalah ini dapat diatasi dengan kadar segera melalui kerjasama MYSA, IADA Barat Laut Selangor dan komuniti pesawah di kampung ini.
.
Terima kasih kepada rakan strategik yang turut serta menjayakan program hari ini: Pejabat Daerah Sabak Bernam; IADA BLS; Pertubuhan Peladang Kebangsaan; dan Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam.
.
Kampung ini telah dipilih sebagai kampung angkat YBrs. KP MYSA semasa tempoh perkhidmatan.
.
Ini adalah permulaan dan pastinya banyak lagi yang akan dikongsikan dengan penduduk setempat.
Skip to content