Menyantuni penduduk kampung di Kampung Parit 2 Timur bagi sesi pelepasan anak ikan keli di Tapak Projek Ternakan Ikan Air Tawar Dalam Kolam Kanvas yang berlangsung pada 4 Oktober 2024. Perjumpaan hari ini merupakan program susulan YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di bawah payung program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) dan Sejati MADANI.
.
Ternakan ikan air tawar dalam kolam kanvas merupakan salah satu inisiatif kerajaan membantu pesawah mempelbagaikan sumber pendapatan selain tanaman padi. YBrs. KP MYSA menjadikan program ini sebagai penanda aras beliau dalam membantu penduduk kampung mempunyai sumber pendapatan tambahan. Langkah ini seiring dengan saranan kerajaan agar pemimpin dapat meningkatkan potensi penduduk kampung dan menangani isu sosio-ekonomi setempat.
.
Sesi dialog dan perkongsian berkaitan isu-isu semasa kampung serta cadangan aktiviti-aktiviti pada masa akan datang turut dibincangkan. YBrs. KP MYSA mengambil peluang mendekati dan beramah mesra dengan penduduk kampung melalui sesi dialog ini.
.
Kampung Parit Empat, Sungai Besar Selangor yang merangkumi Kampung Parit 1 Timur, Kampung Parit 2 Timur, Kampung Parit 3 Timur dan Kampung Parit 4 Timur merupakan kampung angkat YBrs. KP MYSA.