Pengisian aktiviti yang dapat meningkatkan keupayaan ekonomi penduduk setempat menjadi tumpuan YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di bawah payung program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI).
.
Turun padang kali ini telah berlangsung pada 17 Disember 2024 bersama penduduk Kampung Parit Empat, Sungai Besar Selangor bagi membantu menghasilkan produk tambah nilai ikan keli siap disiang, diperap, dibungkus dan sejuk beku. Ikan keli ini adalah hasil tuaian dari kolam angkat YBhg. Dato’ KP MYSA melalui Projek Ternakan Ikan Air Tawar Dalam Kolam Kanvas yang terletak di Kampung Parit 2 Timur.
.
Menerusi kaedah ini, produk keluaran penduduk kampung:
lebih mudah untuk dipasarkan
boleh disimpan sebagai stok jualan
dapat mengelakkan lambakan tuaian hasil ikan keli daripada cepat rosak
.
Kampung Parit Empat, Sungai Besar Selangor yang merangkumi Kampung Parit 1 Timur, Kampung Parit 2 Timur, Kampung Parit 3 Timur dan Kampung Parit 4 Timur merupakan kampung angkat YBhg. Dato’ KP MYSA.