MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PROGRAM PENCERAPAN LANGIT MALAM DI KOMPLEKS TEKNOLOGI ANGKASA, BANTING PADA 22-23 MAC 2025
Menarik minat terhadap ilmu sains angkasa dalam program pencerapan langit malam, anjuran Star-Finder dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). Program telah diadakan di Kompleks Teknologi Angkasa (KTA), MYSA, Banting pada 22 dan 23 Mac 2025. Knowledge creation menerusi aktiviti seperti ini merupakan salah satu pembudayaan berterusan STI Angkasa dalam kalangan masyarakat.
.
MYSA telah berkongsi kepada para peserta mengenai Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030: Malaysia Space Exploration 2030 (MSE2030) meliputi perancangan dan hala tuju MSE2030. Penglibatan semua pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) amat penting dalam menjayakan matlamat MSE2030 – untuk negara beralih dari pengguna teknologi angkasa kepada pencipta dan penyedia teknologi angkasa dan sektor angkasa sebagai sumber ekonomi baharu negara.
.
Antara pengisian aktiviti:
▪️Ceramah astronomi
▪️Teleskop bina sendiri (DIY)
▪️Pembinaan dan pelancaran water rocket
▪️Astrofotografi
▪️Aktiviti pencerapan berlangsung sepanjang malam. Para peserta dapat melihat planet Musytari dan Marikh dengan jelas serta beberapa bintang yang lain.🌚⭐
.
Antara agensi/persatuan yang turut hadir seperti Balai Cerap Permata Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Balai Cerap Negeri Sembilan, Planetarium Negara, Persatuan Astronomi Universiti Tunku Abdul Rahman dan Persatuan Astronomi daripada Sekolah Kuen Cheng High School dan Hin Hua High School. Terima kasih atas penyertaan, moga memberi manfaat kepada semua. 🤝
.
Space for all. 🌎🚀🛰️📡🔭
Skip to content